Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat 155 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 9:26 AM

Orang ramai tidak menghiraukan keselamatan diri apabila masih menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk ke negara jiran tanpa memakai jaket keselamatan meskipun arus air deras dan paras air Sungai Golok.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di sini dan Pasir Puteh meningkat kepada 155 orang pagi Sabtu berbanding 130 orang pada Jumaat.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 96 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 34 mangsa ditempatkan di SK Tiong di daerah ini manakala di Pasir Puteh pula, 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja.

Bacaan air di Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi Sabtu menurun sedikit daripada paras amaran iaitu daripada 9.05 meter malam tadi kepada 8.79 meter (bahaya 9 meter). 

Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup.

Cuaca di Kelantan pagi ini cerah dan tiada hujan.

Sementara itu di Kuala Terengganu keadaan banjir di Terengganu beransur pulih apabila ramai mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing sejak Jumaay kerana keadaan cuaca yang semakin baik.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga 9 pagi ini, sebanyak 2,741 mangsa masih berada di 15 pusat pemindahan di tiga daerah berbanding 3,879 orang yang dilaporkan malam tadi.

"Sebanyak 1,138 orang dibenarkan pulang sejak petang semalam," menurut laporan itu.

Katanya Kuala Terengganu masih merupakan kawasan paling ramai mangsa banjir dipindahkan berbanding kawasan lain iaitu melibatkan 2,350 orang daripada 591 keluarga dan ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Diikuti daerah Marang 303 orang (74 keluarga), ditempatkan di tiga pusat manakala di Setiu 88 mangsa (20 keluarga).

Di Setiu, mangsa banjir ditempatkan di dua pusat iaitu Surau Kampung Nyatoh (56 orang) dan Surau Pengkalan Gelap (72 orang).

Tags / Kata Kunci: banjir kelantan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan