Madu Ghaib: Menteri Akui Waris Penumpang MH370 Hadapi Pelbagai Kesulitan

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan menerima pelbagai aduan daripada waris penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang berhadapan masalah berikutan status pesawat berkenaan yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

Walaupun memahami perasaan dan kesukaran yang dihadapi pihak terlibat, ironinya tiada apa yang dapat dilakukan selagi tiada ketetapkan segera dibuat mengenai status pesawat malang yang terbabit dalam tragedi pada 8 Mac lalu itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengakui pihaknya menerima pelbagai aduan berhubung kesulitan yang dialami waris penumpang MH370.

"Kita terima pelbagai aduan seperti masalah untuk mendapat akses kepada akaun bank kerana ahli keluarga ada akaun bersama mangsa, status gaji, pekerjaan dan perkahwinan.

"Kita faham waris mangsa menuntut sijil kematian dikeluarkan tetapi status mengenai pesawat ini belum diputuskan. Kita tak boleh buat apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi suami salah seorang penumpang pesawat MH370 yang terpaksa bernikah di luar negara kerana ketiadaan sijil kematian isterinya.

Jelas Rohani lagi, kerajaan masih mempertimbangkan untuk membuat ketetapan mengenai status pesawat tersebut dalam masa terdekat bagi membolehkan waris penumpang meneruskan kehidupan masing-masing.

"Kita faham hidup mesti diteruskan. Untuk mengelakkan lebih banyak masalah berlaku, kerajaan akan mengisytiharkan status pesawat ini dengan segera," katanya.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, beliau turut memberi galakan kepada waris penumpang supaya meneruskan kehidupan baharu.

"Hidup perlu diteruskan, kalau dah bertemu jodoh, nak tunggu apa lagi. Namun, bagi waris penumpang yang ingin berkahwin semula, saya sarankan sila ikut prosedur yang ditetapkan. Dapatkan nasihat pakar dan rujuk kepada pejabat agama untuk mempermudahkan segala urusan," katanya.

Malah, beliau berkata, pihaknya turut menyediakan khidmat kaunselor kepada waris penumpang yang ingin meluahkan perasaan dan kesedihan mereka.

"Walaupun status MH370 ini sudah dimuktamadkan nanti sesi kaunseling akan diteruskan selagi waris penumpang memerlukan khidmat tersebut. Pegawai kaunselor kami sedia membantu pada bila-bila masa sahaja," katanya.







Tags / Kata Kunci: Mh370 , Rohani Abdul Karim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan