Projek Perintis DI Ganti Institusi Kebajikan Bermula Jun 2015

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 4:50 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek perintis 'De-Institutionalisation' (DI) bagi menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah satu bumbung berbanding di institusi kebajikan berasingan ketika ini akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata beberapa pegawainya telah dihantar ke United Kingdom (UK) untuk mengkaji model tersebut sebelum ianya dilaksanakan di negara ini.

"Sistem itu sukar dilaksanakan tetapi kita akan sedaya upaya untuk merealisasikannya. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak, warga emas dan OKU kembali bersama dalam persekitaran keluarga apabila mereka berada dalam kelompok komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun Jubli Emas Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah di sini, Khamis.

Jelas beliau, pihak kementeriannya akan dibantu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan projek perintis ini.

"Kita akan mulakan projek perintis ini dengan menggunakan konsep keluarga angkat. Mungkin kita akan cuba bawa mereka (kanak-kanak) keluar bersama keluarga angkat. Program ini juga akan melibatkan masyarakat sekeliling," katanya.

Jelasnya, antara negara yang telah melaksanakan konsep tersebut adalah UK, Kemboja dan Moldova.

Sejajar pelaksanaan konsep baharu itu, Rohani berkata, tiada lagi rumah kanak-kanak baharu dan warga emas akan dibina selepas ini.

Beliau berkata, ia merupakan satu pendekatan bagi mendidik masyarakat bahawa tugas menjaga kanak-kanak dan warga emas adalah tanggungjawab keluarga.

"Kenapa serahkan kepada orang lain untuk jaga anak-anak anda. Kalau kanak-kanak itu diletakkan sementara menunggu kes mahkamah selesai tak mengapa, tapi nampaknya mereka meninggalkan kanak-kanak tersebut di situ selama-lamanya," katanya.

Baru-baru ini, Rohani berkata, selaras konsep baharu itu sebuah institusi DI dinamakan sebagai Kompleks Sinar Kasih akan diibina di Nibong Tebal, Pulau Pinang, tahun depan. 

Katanya, Kompleks Sinar Kasih (KSK) yang dijangka siap dalam tiga tahun adalah yang pertama di negara ini dan akan menempatkan kira-kira 100 warga emas dan 50 kanak-kanak dalam satu komuniti. 

Sementara itu, Rohani berkata, buat masa ini terdapat 12 Rumah Kebajikan Kanak-Kanak di seluruh Malaysia yang mampu menampung seramai 1,500 penghuni pada satu-satu masa.

Namun, katanya, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah mempunyai bilangan penghuni tertinggi iaitu seramai 198 orang walaupun ia hanya mampu memuatkan 100 penghuni.

"Walapun terdapat tambahan 98 penghuni, saya mengucapkan syabas kepada pengetua Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah kerana menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik," katanya.
Tags / Kata Kunci: Rohani Abdul Karim , DI , projek perintis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan