Ahli Umno Dididik Untuk Bersama Kaum Lain - Ku Nan

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 5:25 PM

Tengku Adnan bersama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh menunjukkan bag serta vest yang bakal digunakan pada perhimpunan Agung Umno selepas mengadakan sidang media di Menara Datuk Onn di sini, Khamis

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 akan memberi penekanan tentang bagaimana parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu dapat bertoleransi dengan kaum lain di dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak zaman dahulu lagi, ahli-ahli parti telah dididik untuk bersederhana dan bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia.

"Parti ini merupakan parti berteraskan kepada perjuangan Melayu, teras kita diperjuang atas dasar kepentingan Melayu, agama dan negara.

"Selain itu, kita telah didik oleh datuk nenek moyang kita dan pengasas kita untuk bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia...itu kita akan tekankan," katanya kepada pemberita selepas sidang media PAU 2014, di sini, Khamis.

Katanya, Umno sedar timbul 'kegelisahan' di kalangan ahli apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak disokong oleh kaum lain.

"Kita tahu kegelisahan orang Melayu oleh kerana keputusan PRU lepas mereka lihat bangsa lain tak sokong BN dan mereka anggap tak sokong Umno.

"Ada sebab-sebab tertentu yang lain mereka tak sokong, oleh itu kita kena buat pembaikan," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya bahawa kaum-kaum lain masih melihat Umno sebagai tunjang untuk memastikan negara kita terus aman, bergerak ke hadapan dan terus maju.

"Mereka juga rakyat Malaysia, itu yang penting," katanya.

Perhimpunan tahunan itu akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini melibatkan perwakilan seramai 5,739 orang.

Tags / Kata Kunci: Ku Nan , Perhimpunan Agung Umno 2014

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan