Jakim, Jain, SKMM Wujud Unit Tangani Isu Hina Islam

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, JAKIM dan JAIN akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.

"Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.


Tags / Kata Kunci: Jakim , Jain , SKMM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan