Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Jumaat - Berita Semasa | mStar

Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) di beberapa kawasan di perairan Kelantan,Terengganu, Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Keadaan sama turut berlaku di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North,Reef South, Palawan, dan Layang-layang, Labuan.

Tags / Kata Kunci: angin kencang , Jabatan Meteorologi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan