PM Ucap Penghargaan Kepada Petugas Jakim Urus Mangsa MH17

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14 petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dalam menguruskan jenazah 23 rakyat Malaysia beragama Islam, mangsa tragedi pesawat MH17.

"Terima kasih saya ucapkan dan semoga semua mendapat balasan berlipat ganda daripada Allah SWT," katanya dalam catatan terbaharu pada laman Facebook beliau pada Rabu.

Perdana menteri berkata ketika negara berkabung dan berusaha mencari jawapan terhadap punca tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 itu, rakyat tidak seharusnya lupa kepada jasa mereka yang bertugas menghulurkan bantuan dalam apa jua cara sekalipun.

"Tragedi MH17 yang menimpa negara tahun ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada Selasa, Najib berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan pengurusan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 kepada 14 petugas Jakim yang diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Ustaz Mohd Abdul Manaf di bangunan Parlimen.

Mereka yang terdiri daripada 10 pegawai lelaki dan empat wanita berada di Amsterdam bermula 18 Julai dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu 44 hari kemudian selepas semua jenazah rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.


Tags / Kata Kunci: Jakim , MH17

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan