Kos Operasi Pos Kawalan Esszone Sebanyak RM1.9 Juta Sebulan

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos operasi bulanan melibatkan pos-pos kawalan yang terdapat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) berjumlah kira-kira RM1.9 juta, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata jumlah berkenaan termasuk kos operasi 43 pos kawalan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 42 pos kawalan di bawah Polis Diraja Malaysia dan Briged Pasukan Gerakan Am Sabah.

Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang mahu mengetahui berapakah kos bulanan mengikut pos pasukan masing-masing dalam mengawal keselamatan pantai Sabah dari pencerobohan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau juga berkata, kawalan keselamatan kawasan di Sabah adalah mengikut tahap risiko sesuatu kawasan.

"Sebagai contoh di Lahad Datu dan Semporna, pasukan keselamatan yang kita tugaskan di sini adalah melebihi dari kawasan yang lain kerana ianya berada hampir dengan sempadan Filipina," katanya.

Bagaimanapun katanya, kawalan keselamatan di kawasan-kawasan lain di sekitar Sabah adalah tetap menjadi keutamaan kerajaan termasuk adanya pengelibatan daripada askar Wataniah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


Tags / Kata Kunci: ESSZONE

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan