Pembinaan Kampus Tetap Kuin Kesilapan Pelaburan Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil, yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.

"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafetaria dan pejabat pentadbiran asrama.

"Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan Kuin kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf Kuin adalah 539 orang," jelasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Tajul Urus berkata, kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih Kuin pada 2013 iaitu kedudukan kewangan Kuin yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.

"Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan Kuin, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menafikan perbelanjaan untuk pendidikan adalah pelaburan bagi membangunkan generasi pada masa hadapan.

"Kerajaan BN sangat mengambil berat soal pendidikan. Ini terbukti kerana kitalah yang menubuhkan Kuin sejak 1995 daripada sebuah institut/kolej dan seterusnya dinaikkan kepada kolej universiti pada 2006," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, dan Pembangunan Insan negeri, Badrul Hisham Hashim berkata, kerajaan negeri telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada Dasar Perumahan Negeri Kedah.

Beliau berkata, antaranya dengan menetap saiz minimum rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana selain penjenamaan semula Rumah Mampu Milik di negeri ini.

"Rumah Kos Rendah berharga antara RM35,000 hingga RM45,000 dengan keluasan tanah minimum 1,200 kaki persegi dan keluasan bangunan 700 kaki persegi.

Rumah kos sederhana berharga antara RM45,001 hingga RM90,000 dengan keluasan tanah minimum 1,300 kaki persegi dan keluasan bangunan 750 kaki persegi.

"Rumah kos sederhana berharga antara RM90,001 hingga RM200,000, di mana minimum keluasan tanah 1,400 kaki persegi dan keluasan bangunan 800 kaki persegi," katanya.

Selain itu Rumah Kos Rendah dijenamakan semula sebagai Rumah Kaseh Rakyat, Rumah Kos Sederhana Rendah menjadi Rumah Aman Kedah dan Rumah Kos Sederhana dijenamakan semula sebagai Rumah Makmur Kedah.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Kuin , Pakatan Rakyat , Tajul Urus Mat Zain

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan