Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan Asean Bagi Kerjasama Pertahanan

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 11:09 PM

hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan tahap baharu kerjasama pertahanan bagi negara anggota Asean yang dikenali sebagai Kumpulan Siapsagaan Asean.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara Asean berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat dalam kalangan negara Asean terhadap insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas dan kejadian taufan Haiyan membadai Filipina pada November 2013.

Beliau berkata, Malaysia mahu membawa kerjasama pertahanan Asean ke skala lebih besar berikutan kejayaan dan keberkesanan mekanisme Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masa kini termasuk Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) dan Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA).

Beliau berkata kumpulan itu boleh bekerjasama untuk latihan serta membangunkan prosedur bersama dan beroperasi di bawah mekanisme kerjasama yang praktikal sedia ada.

"Selain itu, adalah diharapkan bahawa kumpulan itu akan memperoleh pelepasan diplomatik yang telah ditentukan, talian komunikasi dan pramengenal pasti peralatan sumber manusia dan kepakaran peralatan," kata beliau dalam sesi bertukar pandangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Bagan, Myanmar, Rabu.

Teks ucapan Hishammuddin dihantar kepada Bernama pada Rabu. Ia bertemakan "Kerjasama Pertahanan Ke Arah Komuniti Asean yang Aman dan Makmur".

Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada 10 negara Asean yang pertama tampil memberi sokongan kepada Malaysia ketika negara berada dalam keadaan yang sukar susulan tragedi karan MH370.

Mengenai usaha memerangi kumpulan militan digelar Negara Islam (IS), Hishammuddin berkata, terdapat keperluan untuk memahami lebih lanjut bagaimana ideologi yang menyimpang untuk mewujudkan semula khalifah yang sudah tidak berfungsi boleh menjadi begitu menarik bagi orang daripada pelbagai rantau.

"Dalam hal ini, selain membangkitkan kesedaran domestik, kerjasama pelbagai hala melalui penglibatan lebih dekat dan perkongsian maklumat adalah penting dan tidak ada lagi platform lebih penting di rantau ini selain ADMM," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Asean , Kumpulan Siapsagaan , AHA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan