PAU 2014: Amalan Tegur, Kritik Pemimpin Diteruskan - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 10:58 PM

khairy

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau berkata, amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu.

"Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung Umno. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu.

Khairy memberikan ulasannya itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Institut Automatif Malaysia (MAI) di sini, Rabu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi 'kurang ajar' kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu.

"Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik...maknanya tetap sampai kepada pemimpin," katanya. 

Bagi memastikan perbahasan dan kritikan yang dibuat adalah berkualiti, beliau mengingatkan perwakilan yang ingin berbahas supaya membuat kajian terhadap isu yang ingin dibahaskan terlebih dahulu supaya Perhimpunan Agung Umno terus kekal sebagai perhimpunan agung parti politik terbaik.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee juga senada apabila berkata, perwakilan Umno berhak bercakap dan melontarkan sebarang pandangan berkaitan parti dan orang Melayu pada perhimpunan agung minggu depan.

Beliau juga percaya perwakilan akan berhujah dan berbahas dalam konteks perjuangan dan masa depan orang Melayu. 

“Persidangan itu merupakan medium terbaik perwakilan Umno memberikan pandangan, kritikan dan bersuara menyatakan harapan serta pendirian parti demi masa depan orang Melayu,” katanya.

Menurut beliau, apa sahaja isu yang menyentuh kedudukan dan masa depan orang Melayu dan agama Islam tetap menjadi agenda utama Umno.

“Perlu dijelaskan Umno merupakan tulang belakang kekuatan BN (Barisan Nasional),” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, tiada parti komponen BN yang sepatutnya berasa curiga dan bersangka buruk terhadap keikhlasan pemimpin Umno.

Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Agung Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan