JPPM Siasat Dakwaan PPPM Guna Uniform Menyerupai PDRM

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 11:26 PM

Uniform PDRM.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan menyiasat jika terdapat penggunaan uniform menyerupai Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh anggota Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Ketua Pengarah JPPM Mohammad Razin Abdullah berkata siasatan juga akan melihat jika didapati pertubuhan itu melakukan aktiviti menyeleweng daripada matlamat asal penubuhan dan menyalahi undang-undang sedia ada dalam negara.

"Sekiranya terdapat bukti yang cukup, JPPM tidak teragak-agak mengambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 termasuk membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Beliau mengulas laporan yang disebarkan melalui media sosial berhubung penggunaan uniform oleh anggota PPPM yang didakwa seakan-akan menyerupai uniform PDRM.

Katanya berdasarkan rekod, persatuan tersebut adalah pertubuhan induk bercawangan yang berdaftar dengan JPPM pada 13 Feb 2003 dengan No.Pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.

Mohammad Razin berkata PPPM adalah pertubuhan bertaraf kebangsaan yang bermatlamat mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna, menjaga dan memelihara alam sekitar serta memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Matlamat PPPM juga untuk memelihara kemudahan awam yang disediakan kerajaan, merapatkan perpaduan sesama kaum tanpa mengira agama dan bangsa serta bersama-sama berusaha melindungi pengguna daripada perkara curang, terpedaya atau menerima maklumat mengelirukan, menurutnya.

Justeru, mana-mana anggota PPPM atau anggota pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) tidak dibenarkan sama sekali memakai uniform dan memberi pangkat yang menyerupai anggota atau pegawai penguat kuasa yang dilantik dan diwartakan di bawah Warta Kerajaan.

Ia melainkan menggunakan bendera atau lambang atau lencana yang didaftarkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 50 akta yang sama.
Tags / Kata Kunci: JPPM , PPPM , Mohammad Razin Abdullah , uniform PDRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan