Dasar Pendidikan Wujudkan Jurang Antara Kaum - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 4:39 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaan terhadap dasar pendidikan semasa yang telah melebarkan jurang antara kaum serta golongan kaya dengan yang miskin.

Dalam posting di blognya, chedet.cc pada Isnin, bekas perdana menteri itu berkata, bahawa golongan kaya kini bertutur dalam bahasa Inggeris, manakala golongan miskin bertutur dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil.

"Anehnya nasionalis bahasa tidak membantah, sebaliknya mereka membantah penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik," katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai idea yang jelas tentang pendidikan apabila ia mencapai kemerdekaan pada 1957 di mana ketika itu negara mahu setiap kanak-kanak menghadiri sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu digunakan sebagai medium pengajarannya.

"Mereka rapat antara satu sama lain, dapat membiasakan diri dengan perbezaan budaya dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar," kata beliau sambil menambah sekolah Inggeris juga dibenarkan pada masa itu.

"Keputusan itu bersifat politik. Tiada apa-apa di dalam Perlembagaan yang menyediakannya. Kemudian Menteri Pendidikan pada 1971 memutuskan untuk memansuhkan sekolah menengah kerajaan yang mengajar dalam bahasa Inggeris," kata Dr Mahathir.

Tegasnya, keadaan ini akhirnya menyebabkan anak-anak daripada pelbagai kaum kehilangan peluang untuk membesar bersama-sama.

Sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris secara meluas sebagai medium dibenarkan wujud, katanya, walaupun kanak-kanak Malaysia tidak sepatutnya pergi ke situ.

Dr Mahathir berkata, bertentangan dengan dasar negara, anak-anak menteri mula pergi ke sekolah swasta dan antarabangsa atau ke sekolah di United Kingdom.

Berikutan itu, beliau berkata, hasilnya,  golongan kaya pergi ke sekolah-sekolah swasta, manakala golongan miskin pergi ke sekolah kebangsaan di tempat masing-masing.

"Saya mesti mengaku walaupun anak-anak saya semuanya pergi ke sekolah kebangsaan, cucu saya pula semuanya pergi ke sekolah-sekolah swasta di dalam dan di luar negara. Mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan meluaskan jurang antara kaum dan juga antara yang kaya dan miskin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan