Tangguh Kenaikan Tol 20 Lebuh Raya Libatkan Pampasan RM558.69 Juta

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi berikutan rancangan tidak menaikkan kadar tol 20 lebuh raya tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata 17 daripada lebuh raya berkenaan akan menerima pampasan tahun depan manakala selebihnya pada 2016.

"Peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya bagi bayaran pampasan adalah RM458 juta, manakala peruntukan tambahan bagi pampasan tol ini akan dipohon pada pertengahan 2015," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat, Selasa. 

Beliau berkata pampasan itu berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lebuh raya yang terlibat dengan penangguhan kenaikan tol ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Kuala Lumpur-Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Storm Water Management and Road Tunnel (SMART), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Sungai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (GrandSaga), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Dalam pada itu, Rosnah berkata pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) di Kelantan melibatkan jajaran Kuala Terengganu-Besut-Setiu-Kelantan akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan tiga fasa dan hanya LPT3 yang belum bermula projek pembinaannya.

Rosnah berkata berdasarkan laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia Fasa 1, projek LPT3 berpotensi dilaksanakan menggunakan kaedah penswastaan. 
Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat konsesi yang cuai dalam menjalankan projek penurapan jalan terutama berkaitan dengan kualiti penurapan.

Katanya ini termasuklah mengeluarkan amaran dalam bentuk 'Non Compliance Report' (Laporan Tiada Pematuhan) (NCR) dan pemotongan bayaran kepada syarikat konsesi terlibat. 

Beliau berkata kualiti penurapan jalan perlu mematuhi piawaian ditetapkan oleh cawangan kejuruteraan teknikal Jabatan Kerja Raya yang telah digubal oleh piawaian antarabangsa. 

Rosnah berkata pihaknya juga akan memantau perkembangan projek penurapan jalan melibatkan pegawai di peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan