Singapura Ulangi Penegasan Tentang Hubungan Baik Dengan Sabah

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 11:46 PM

Massagos Zulkifli

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Menteri Kanan Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura Massagos Zulkifli mengulangi penegasan tentang hubungan baik yang terjalin antara Sabah dan Singapura.

Beliau menzahirkan penegasan itu semasa mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Masagos melakukan lawatan kerja ke Kota Kinabalu, Sabah, dari Ahad hingga Selasa.

Lawatan beliau merupakan yang terbaru dalam siri lawatan oleh menteri-menteri Singapura untuk mengukuhkan hubungan dengan pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Malaysia.

Beliau juga menemui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Persekutuan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

 
Dalam pertemuan itu, Masagos membincangkan bidang-bidang yang memungkinkan kerjasama antara kedua-dua pihak termasuk dalam sektor pelancongan dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Beliau diberi taklimat oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah mengenai rancangan pembangunan negeri itu.

Selain itu, Masagos juga menemui pemimpin komuniti perniagaan Sabah untuk bertukar-tukar idea tentang cara untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perniagaan antara Sabah dan Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan