MTN Setuju Garis Panduan Perolehan Hartanah Dikuat Kuasa

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 1:35 PM

Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat MTN ke-70 di Bangunan Parlimen di sini , Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tanah Negara (MTN) pada Selasa bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.

Kertas mengenai 'Pengemaskinian Garis Panduan Perolehan Hartanah' itu menguatkuasakan peningkatan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014.

Mesyuarat Ke-70 MTN itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen di sini.

Menurut satu kenyataan di sini, antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah menteri-menteri kerajaan Persekutuan yang berkaitan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta semua menteri besar dan ketua menteri.

Garis panduan itu adalah antara empat kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan yang dibincangkan MTN pada mesyuarat.

MTN juga bersetuju dengan 'Kertas Cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2015' supaya pihak berkuasa negeri menyemak semula kadar cukai tanah sebelum tamat tempoh 10 tahun bermula dari tarikh yang paling terdekat dari tarikh semakan sewa sebelumnya selaras dengan peruntukan Seksyen 101, Kanun Tanah Negara 1965.

'Kertas Cadangan Mengenai Impak Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Semenanjung Malaysia' turut dibincangkan pada mesyuarat itu.

MTN bersetuju dengan kertas cadangan itu yang menyatakan supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelak sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Satu lagi kertas pertimbangan yang dibincangkan ialah 'Kertas Cadangan Berkenaan Impak Aktiviti Pembangunan Tanah Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Bagi Kawasan Hutan Paya Laut di Semenanjung Malaysia'.

Melalui perbincangan itu, MTN bersetuju supaya kawasan Hutan Paya Laut dalam Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan kawasan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan.

Sementara itu, tiga kertas makluman yang dibentangkan ialah mengenai penglibatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mekanisme REDD+ (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation in Developing Countries) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Mesyarat turut mengambil maklum mengenai keputusan Penilaian penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2013 dengan Pejabat Tanah Kulim, Kedah telah mendapat lima bintang.

Kertas makluman ketiga pula adalah mengenai 'Kemajuan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah dan Prestasi Pendaftaran Pindah Milik Tanah Dalam Satu Hari di Pentadbiran Tanah Negeri' sehingga bulan Ogos 2014.


Tags / Kata Kunci: MTN , Muhyiddin Yassin , tanah , perhutanan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan