Jakim Sentiasa Bersedia Urus Jenazah Bencana - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 9:30 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima sijil penghargaan pada Majlis Penghargaan Petugas Pengurusan Jenazah Muslim rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat MH 17 di Parlimen, Selasa. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga pegawainya dalam menguruskan jenazah Muslim mangsa tragedi dan bencana bila diperlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun Jakim tidak mempunyai unit khusus untuk menjalankan pengurusan jenazah di kawasan bencana, namun agensi itu sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa dipraktikkan pegawai dan kakitangannya.

SOP itu yang digunakan pegawai dan kakitangan Jakim yang menguruskan jenazah di masjid dan di hospital terutama untuk mangsa kemalangan boleh diguna pakai untuk mangsa bencana, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai Jakim terlibat dalam pengurusan jenazah Muslim mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Penyampaian sijil itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 14 pegawai dan kakitangan Jakim diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Ustaz Mohd Abdul Manaf Mat terlibat dalam menguruskan jenazah 23 rakyat Malaysia beragama Islam, mangsa tragedi pesawat MH17 di Amsterdam, Belanda.

Mereka yang terdiri daripada 10 pegawai lelaki dan empat wanita berada di Amsterdam bermula 18 Julai dan selesai melaksanakan tanggungjawab itu 44 hari kemudian selepas semua jenazah rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air.

Pesawat Airlines MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Jamil Khir berkata, penyampaian sijil tersebut merupakan satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Jakim yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

"Tentunya pengalaman ini begitu penting, tugas ini bukanlah hanya dibuat di dalam negara tetapi di luar negara dalam menyempurnakan jenazah dan Alhamdulillah, Allah takdirkan jenazah semua rakyat Malaysia telahpun dikebumikan," katanya.

Sementara itu Mohd Abdul Manaf ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menceritakan pengalamannya dalam menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 dan menyifatkan ia pengalaman yang amat luar biasa.

"Pengalaman yang paling menyayat hati adalah apabila kita terpaksa menenangkan anggota keluarga mangsa supaya tidak melihat jenazah kerana kita tidak mahu timbulkan fitnah dan sebagainya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan