Ahmad Maslan Tidak Berniat Kelirukan Dewan - Speaker

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul yang dikemukakan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) untuk mengheret Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, hasil penelitiannya mendapati Ahmad tidak berniat untuk mengelirukan sidang Dewan Rakyat.

"Bagi membolehkan seseorang itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu fakta dan penjelasan yang salah untuk mengelirukan Parlimen.

"Selain itu, kriteria yang akan diambil kira ialah tiada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk membetulkan kesilapan selepas melakukannya," kata Pandikar Amin.

Tambah Pandikar Amin, setelah mendengar penjelasan yang diberikan Ahmad berhubung isu berkenaan, dan berdasarkan situasi di mana beliau perlu menjawab banyak soalan secara spontan pada ketika itu, Speaker berpandangan bahawa timbalan menteri itu tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Ahmad menjelaskan di Parlimen bahawa kenyataannya pada 6 November adalah salah dan beliau memperbetulkannya dengan mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada surat sokongan untuk untuk menjamin RM9.6 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi penjelasannya, Ahmad mengakui bahawa beliau tertinggal enam perkataan yang berkaitan dengan jawapannya sebelum ini iaitu "tidak ada surat jaminan yang lain".

"Saya tertinggal enam perkataan. Saya tidak bermaksud untuk mengelirukan Dewan. Maaf dan terima kasih, " katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan