Sasaran 28 Juta Pelancong Tanggungjawab Setiap Rakyat - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 6:49 PM

Mohamed Nazri melawat pameran semasa hadir bagi merasmikan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusian Sedunia 2014 di Muzium Negara di sini,Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab bagi memastikan sasaran 28 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 tercapai, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, walaupun kementerian mengambil pelbagai langkah meningkatkan jumlah pelancong ke Malaysia, insiden seperti banjir lumpur di Cameron Highlands dan masalah keselamatan di timur Sabah memberi kesan terhadap sektor pelancongan negara.

"Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah tepat, pelancongan di Malaysia tanggungjawab setiap rakyat.

"Lihatlah hari ini, apabila pihak lain tidak memikirkan ada kepentingan produk pelancongan dalam kerja harian mereka, maka yang menanggung akibatnya ialah industri pelancongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia 2014 di Muzium Negara, di sini, Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mengambil langkah dan inisiatif untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Nazri mengakui kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas yang mengorbankan lima nyawa, menjejaskan aktiviti pelancongan di tanah tinggi itu.

"Saya tidak fikir anda perlu ada ijazah dalam pelancongan untuk mengetahui bahawa pelancongan terjejas di sana. Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular terutama untuk merasakan hawa dingin di atas gunung yang sekarang tidak lagi dingin.

"Kemudian berlaku tanah runtuh...semua ini mendapat liputan berita yang luas, seluruh dunia dah tahu. Sudah tentu pelancong luar negara juga akan mengambil perhatian terhadap perkara ini. Ini sangat mendukacitakan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pameran senjata itu dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat kepada pengunjung.

"Sifat belas ihsan sesama manusia, menghargai dan menghormati keharmonian dalam kehidupan serta mesej keinsafan bahawa penggunaan senjata dalam konteks yang tidak wajar akan mengakibatkan penderitaan, kesengsaraan dan kemudaratan terhadap kehidupan manusia dapat disampaikan kepada pengunjung," katanya.

Pameran anjuran Jabatan Muzium Negara dari 20 September hingga 20 Februari 2015 di Muzium Negara itu, menghimpunkan lebih 360 senjata bermula daripada senjata prasejarah, zaman logam, tradisional hinggalah kepada senjata moden termasuk helikopter, kereta kebal, meriam dan senjata berat.


Tags / Kata Kunci: Nazri Aziz , pelancong , senjata , muzium

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan