Usul Dibahas Perhimpunan Agung Umno 2014 Disediakan Secara Inklusif

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 6:43 PM

Leftenan Jeneral John Toolan Jr. ketika sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, Isnin.
Turut kelihatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyediaan usul-usul untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung minggu depan dibuat secara inklusif, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, usul-usul itu telah diteliti di beberapa peringkat termasuk mesyuarat meja bulat dan beberapa jawatankuasa.

Hishammuddin yang juga pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan berkata ini selaras dengan sifat Umno yang kini lebih terbuka yang mengambil kira pandangan anggota peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Komander Pasukan Marin Amerika Syarikat di Pasifik Lt Jen John A Toolan di pejabatnya di Wisma Pertahanan di sini, Isnin.

Perhimpunan agung Umno yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijadual bermula dari 25 November hingga 29 November ini.

Pada 11 November lepas, media melaporkan Ibu Pejabat Umno telah menerima sejumlah 755 usul daripada 191 bahagian Umno dan daripada jumlah itu, 638 usul adalah untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Hishammuddin berkata, sikap inklusif yang diamalkan sekarang adalah petanda baik dalam transformasi yang dibawa oleh Umno.

"Jadi saya mengalu-alukan usaha kita sempena perhimpunan agung Umno tahun ini untuk mengupaya dan memperkasakan suara-suara kita di peringkat akar umbi melalui usul-usul yang digubal dan usul-usul yang telah kita terima daripada bahagian-bahagian (Umno)," katanya.

Beliau berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan, tugasnya adalah untuk mengumpulkan pandangan anggota akar umbi, menggembleng semua pihak berkepentingan dan menggubal usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung.

Hishammuddin memberi jaminan perhimpunan agung tahun ini akan lebih demokratik dan terbuka menerima sebarang teguran.

"Cuma kita mengharapkan dalam perbahasan nanti apa jua yang diketengahkan tidak berbaur emosi, perkauman dan keagamaan yang akhirnya boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata," katanya.

Mengenai usaha Umno untuk memastikan usul yang dibahaskan nanti berjaya dicapai dan diambil tindakan seterusnya, Hishammuddin berkata, satu pasukan khas yang dipimpin anggota Majlis Tertinggi (MT), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan dibantu oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudahpun diwujudkan.

Pasukan khas itu berperanan untuk memastikan apa yang telahpun menjadi pendirian Umno dalam perhimpunan agung kali ini akan diambil tindakan dan perkembangan usul akan dimaklum sekurang-kurangnya kepada MT untuk dibawa ke peringkat bahagian, katanya.


Tags / Kata Kunci: Umno , usul , Hishammuddin Tun Hussein

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan