Mulai 2018, Usia 30 Ke Atas Tidak Dibenarkan Ketuai Kumpulan Belia

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 1:11 PM

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Definisi 'belia' yang digunapakai di negara ini akan disemak semula untuk tidak memasukkan mereka yang berusia 30 ke dalam kumpulan tersebut dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mengikut piawaian antarabangsa. 

Perubahan tersebut akan berkuatkuasa pada 2018, akan memperlihatkan mereka yang memegang jawatan dalam persatuan belia seluruh negara meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru yang berusia bawah 30 tahun. 

Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan perkara tersebut ketika Majlis Perundingan Belia Negara di sini pada Isnin, berkata 2018 merupakan tarikh akhir bagi memberikan setiap persatuan tempoh yang mencukupi untuk menghadapi perubahan berkenaan. 

"Kita mahu generasi muda, terutamanya mereka yang berusia di bawah 30 tahun, diberi peluang untuk mengetuai persatuan belia dan mencorakkan masa depan mengikut acuan mereka. 

"Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kita akan melaksanakan program latihan kepimpinan bagi memastikan generasi muda dapat mengambil alih peranan tersebut," katanya. 

Pada ketika ini, Malaysia mendefinisikan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah sebagai belia, dan ia adalah jauh daripada standard antarabangsa. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefisikan mereka yang berusia antara 15 hingga 24 tahun sementara definisi Komanwel pula belia adalah mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun. 

Polisi umur belia kali terakhir dikaji semula pada 1997. 

Pelarasan serta perubahan definisi tersebut akan menjejaskan ribuan golongan belia yang kini memegang jawatan di persatuan belia negara ini.  


Tags / Kata Kunci: usia belia , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan