Warga KKMM Perlu Sedia Bantu Rakyat Hadapi Banjir

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 12:48 PM

Ahmad Shabery Cheek
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membuat persiapan rapi dalam membantu rakyat menghadapi bencana alam seperti banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana KKMM akan dilihat sebagai barisan hadapan yang penting untuk menyelesaikan masalah bencana alam secara efektif dan berkesan.

Untuk itu, katanya, warga kementerian perlu meningkatkan jambatan kerjasama antara jabatan, bahagian dan agensi lain berkaitan yang sudah pasti akan memberi manfaat serta kelebihan pada masa hadapan.

"Kadangkala kita terikat dengan arahan daripada pihak atasan. Namun, setiap seorang daripada kita perlu mengambil peranan sebagai pemimpin untuk menyelesaikan masalah.

"Oleh itu, kita (warga KKMM) perlu memposisikan diri dalam barisan kepimpinan agar lebih memberi impak kepada orang yang dibantu," katanya ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan kementerian di Angkasapuri di sini, Isnin.

Tambah beliau, sifat kepimpinan itu perlu dilengkapi dengan kepakaran dan kebolehan tertentu untuk memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah secara berkesan.

"Waktu bencana akan memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah serta mempamerkan sikap kepimpinan dalam menguruskan keperluan mangsa atau menaikkan nama Malaysia di mata dunia," katanya.

Sebagai contoh, Ahmad Shabery memuji pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh yang mengendalikan sidang media khas tragedi pesawat MH370 dan MH17 secara profesional dan berjaya mengawal situasi tegang berikutan soalan-soalan provokasi yang dikemukakan media asing.

"Wartawan antarabangsa datang untuk mencari sedikit kesalahan dan berniat untuk menjatuhkan nama baik Malaysia agar dapat dilabelkan sebagai sebuah negara yang tidak cekap.

"Peranan Jagjit perlu dipuji dan boleh dijadikan ikon kementerian kerana kecekapan beliau dalam mengendalikan sidang media itu, sehinggakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkakan Jagjit merupakan konsultan daripada syarikat luar," jelas beliau.

Pada perhimpunan itu, Ahmad Shabery turut meraikan sambutan hari lahir warga KKMM dan agensi di bawahnya.

Turut hadir Timbalan Menteri KKMM Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi.


Tags / Kata Kunci: KKMM , Banjir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan