Kerajaan Pantau Ahli IS Cuba Sebarkan Ideologi

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 2:07 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak polis memantau ahli Kumpulan Negara Islam Malaysia (IS) yang merancang kembali ke negara ini  untuk menyebarkan idelogi ekstermis mereka. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak polis sedar bahawa kumpulan militan berkenaan mempunyai niat untuk menyebarkan ideologi mereka kepada masyarakat di negara ini. 

"Mereka tidak pulang untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa, sebaliknya mereka akan cuba mempengaruhi masyarakat di sini dengan ideologi mereka. 

"Pihak polis sentiasa berjaga-jaga mengenai perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Wan Junaidi ketika menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat pada Isnin. 

Terdahulu, Wan Junaidi berkata seramai 39 rakyat Malaysia telah dikenalpasti terlibat dengan IS, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai latar belakang mereka. 

"Kami berkongsi maklumat daripada bahagian perisikan peringkat antarabangsa. Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang mengenai isu ini kerana pihak polis masih menyiasat. 

"Apa yang boleh saya katakan 39 individu yang telah dikenalpasti itu berasal dari Sabah dan Sarawak," katanya ketika menjawab persoalan yang dikemukakan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani). 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan