Bantuan Subsidi Sewa Rumah Untuk Rakyat Kedah

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah (PBSSR) dalam tempoh terdekat ini, bagi meringankan beban golongan rakyat berpendapatan rendah yang masih belum mampu membeli rumah sendiri.

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri amat menitikberatkan keperluan rakyat untuk membeli rumah tetapi tidak melupakan golongan yang belum mampu membeli rumah dan terpaksa menyewa.

"Kerajaan negeri masih meneruskan Program Rumah Transit dengan bayaran sewaan yang amat rendah. Namun, kemampuan kerajaan terbatas dan tidak dapat membina lebih banyak Rumah Transit di seluruh Kedah.

"Kerajaan percaya dengan Bantuan Subsidi Sewa Rumah, ia dapat meringankan beban rakyat yang amat memerlukan," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, Isnin.

Pembangunan perumahan di Kedah khususnya dalam menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi 2013 dan 2014 telah mencapai sasaran kerajaan negeri dengan menyediakan 6,000 unit RMM setahun.

Sementara itu, Mukhriz berkata dalam usaha membangunkan negeri, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), sebuah agensi kerajaan Persekutuan, turut memainkan peranan penting dalam membangunkan wilayah seterusnya membasmi kemiskinan di negeri ini.

"Fokus Keda adalah untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar menerusi pelbagai strategi, mempelbagaikan sumber ekonomi rakyat dengan program pembangunan yang dilaksanakan secara bersepadu meliputi skop menyedia dan menaik taraf keperluan infrastruktur serta program pembangunan modal insan," katanya.

Bagi 2015, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40.2 juta kepada Keda untuk pembangunan wilayah dan membasmi kemiskinan di Kedah.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri perlu mengambil langkah kerana pendapatan per kapita Kedah kini berada di kedudukan ke-14 iaitu kedua terbawah sebelum Kelantan.

"Ini bermakna pendapatan rakyat Kedah tidak setanding dengan pendapatan rakyat di negeri-negeri lain. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih 50 peratus daripada isi rumah di Kedah mempunyai pendapatan antara RM2,000 hingga RM6,000.

"Ini menunjukkan majoriti rakyat Kedah berada pada tahap pendapatan yang sederhana. Yang berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000 pula ialah sebanyak 25 peratus," katanya.

Bagaimanapun, katanya kadar kemiskinan di Kedah menurun sejak 2014 apabila 36.79 peratus rakyat, yang sebelum ini tersenarai sebagai rakyat miskin, terkeluar daripada belenggu kemiskinan.

Mukhriz berkata sepanjang dua tahun (2013 dan 2014) kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, program dan aktiviti memulihkan keadaan ekonomi rakyat dijalankan dengan membuka ruang kepada pelabur luar untuk menyumbang kepada kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Menurutnya kerajaan negeri peka kepada aduan dan cadangan daripadasemua pihak dan mengambil langkah menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri bagi mempercepatkan sesuatu keputusan atau proses kelulusan.

"Majlis ini akan dianggotai ahli-ahli tetap yang akan membuat keputusan segera tanpa perlu terikat dengan kerenah birokrasi. Kerajan negeri sentiasa mendengar dan mengambil maklum setiap perkara yang dibawa ke pengetahuan.

"Kerajaan juga mahu tindakan segera diambil, terutama jika ia melibatkan kebajikan rakyat dan perihal kemajuan ekonomi negeri," katanya.

Pada pembentangan bajet itu, Mukhriz turut mengumumkan pemberian bonus setengan bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 bagi meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam negeri ini.


Tags / Kata Kunci: Kedah , Sewa Rumah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan