Guru Lewat Ke Sekolah, Kesilapan Libatkan Integriti - Exco Perak

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 7:53 PM

Muhammad Amin Zakaria.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kehadiran lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau dua minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga sekolah termasuk guru, kata anggota Exco Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri itu berkata dalam persekitaran pendidikan, terdapat sebilangan warga sekolah yang masih tidak mengendahkan isu integriti.

Beliau berkata banyak contoh kesilapan kecil yang dilakukan itu, kemudian mendatangkan masalah kepada guru atau penjawat awam berkenaan.

"Kes seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk kelas tetapi pembelajaran dan pengajaran tidak berlaku, tidak memeriksa buku latihan murid, tidak menulis Buku Rekod Mengajar dan sebagainya masih berlaku.

"Kes-kes ini sebenarnya termasuk dalam tafsiran ketiadaan integriti yang boleh mendorong seseorang itu melakukan salah laku yang lebih besar selepas itu," katanya ketika merasmikan Hari Integriti Jabatan Pendidikan (JPN) Perak di sini, Isnin.

Muhammad Amin berkata integriti penting dalam membina jati diri insan sebagai komponen kekuatan sesebuah negara bangsa.

"Semua agama, kerajaan, masyarakat, jabatan serta perniagaan melihat integriti sebagai elemen yang sangat penting untuk dipelihara kerana ketiadaan integriti akan menyebabkan negara menjadi huru hara, perniagaan menjadi bankrap dan masyarakat akan hilang norma kemanusiaan," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 165 kakitangan Jabatan Pendidikan Perak menerima anugerah Integriti. 

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perak Idris Ramli.
Tags / Kata Kunci: Jabatan Pendidikan Perak , guru

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan