BN Perlu Disegarkan, Dicergaskan Bagi PRU Akan Datang - PM

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 7:17 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan anggota Parti Liberal Demokratik (LDP) ketika tiba untuk merasmikan Perhimpunan Agong Ke-25 Parti LDP di Kota Kinabalu, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan 13 memerlukan semua parti komponennya untuk menyegarkan dan mencergaskan semula gabungan itu dalam menghadapi cabaran di masa depan, menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi amaran anggota BN perlu menjangkakan cabaran lebih berat yang bakal dihadapi.

"Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuhkan parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-25 Parti Liberal Demokratik di sini Ahad.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebaik sahaja parti komponen telah memperkukuhkan keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan daripada parti itu oleh
komuniti terbabit.

Beliau meminta parti komponen BN untuk berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia.

Perdana menteri turut meminta parti komponen BN supaya sentiasa cekal dalam menangani tipu daya pembangkang dalam media sosial.

Beliau berkata parti perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani isu yang menyerang usaha dan dasar kerajaan.

"BN seringkali dimanipulasi menerusi media sosial, dengan begitu banyak kenyataan separuh benar.

"Dalam pilihan raya lepas, pengundi diperdayakan oleh pembangkang kononnya BN membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

"Ini (membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi) terang-terangan merupakan pembohongan dan saya tidak percaya begitu ramai orang tertipu dengannya," katanya.

Najib mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai apa sahaja perkara dalam media sosial, yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih baik daripada BN.

Beliau berkata rakyat perlu melihat akibat buruk daripada sikap membenci BN, seperti yang pembangkang mahu mereka lakukan.

Katanya parti juga perlu menambat hati rakyat dengan keupayaannya sebagai sebuah kerajaan, bukannya menyemai kebencian dalam kalangan mereka.

"Malaysia antara ekonomi terbaik dalam Asean sejak sembilan bulan lepas dan baru-baru ini, pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik memberitahu saya mereka berpendapat Malaysia sebuah negara yang semakin berkembang maju, dan ini
merupakan penghargaan kepada BN," kata perdana menteri.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan