Umno Bantah Kenaikan Cukai Pintu Di P.Pinang

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 6:54 PM

Datuk Zainal Abidin Osman

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan hasrat untuk menaikkan cukai pintu di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat secara keseluruhan kerana perlu membayar cukai yang tinggi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kalau kita perhatikan waktu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nak naikkan cukai pintu Anggota-anggota Parlimen daripada DAP dan PKR ke depan sekali membantah kenaikan cukai pintu ini untuk DBKL.

"Saya harap di negeri Pulau Pinang juga mereka akan bersuara dengan nada yang sama untuk membantah kenaikan ini jika diputuskan oleh kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco akan datang.

"Jadi kalau mereka boleh bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan cukai pintu daripada berlaku di Kuala Lumpur, dalam nada yang sama mereka perlu berani membangkang apa sahaja kenaikan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini, Ahad.

Zainal Abidin berkata kemungkinan kenaikan cukai pintu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, dan ia dijangka diperincikan dengan lebih jelas dalam sidang mesyuarat DUN akan datang.

Dalam pada itu, Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP yang sebelum ini melaung-laungkan 12 perkara yang didakwa sebagai kelemahan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menghasut rakyat Pulau Pinang menukar kepada kerajaan pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Namun, beliau berkata 12 perkara itu masih berlaku di negeri ini selepas kerajaan negeri bertukar, dan mendakwa malah ada perkara yang semakin serius.

"Saya harap kerajaan DAP tidak lupa sejarah, tidak lupa fakta dan tidak akan lupa perkara yang mereka timbulkan kepada rakyat seterusnya membangkitkan kemarahan, sentimen dan emosi rakyat (terhadap Barisan Nasional).

"Kita lihat selepas enam tahun perkara ini masih terus berlaku dan ada beberapa perkara makin teruk sehingga menyebabkan keresahan dan kerisauan yang agak berleluasa di kalangan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Antara 12 perkara itu adalah BN dianggap sebagai kerajaan rasuah, menggunakan proksi, gagal mengatasi masalah banjir, menggalakkan pembangunan cerun bukit, menyebabkan harga rumah melambung tinggi, kurang membina rumah kos rendah dan sederhana rendah, menyebabkan trafik sesak, menyebabkan kepadatan pembangunan dan melakukan penjualan tanah kerajaan secara berleluasa.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berharap kerajaan persekutuan dapat menyegerakan kelulusan status permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meningkatkan prestasi dan imej pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Permohonan status majlis bandaraya ini sudah dipohon sejak zaman pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon lagi. Justeru, kita berharap ia dapat diluluskan segera dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan PBT berkenaan untuk kebaikan rakyat negeri ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan