SPRM Tempatkan Pegawai Di Cameron Highlands Pantau Jenayah Rasuah

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di kawasan itu dapat ditangani secara holistik, kata timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.


Katanya langkah itu dibuat susulan pemeriksaan pihaknya yang dijalankan sejak Mei tahun lepas mendapati tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berhubung aktiviti pembukaan kawasan
pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah.

Mohd Shukri berkata sementara menunggu penempatan pegawai secara tetap di kawasan berkenaan diluluskan kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya di kawasan itu secara sementara secepat mungkin.

"SPRM telah memutuskan untuk menempatkan pegawai SPRM di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat.

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun SPRM menerima aduan dan maklumat dari semasa ke semasa, SPRM menghadapi masalah kekurangan bukti yang kukuh.

"Disebabkan kekurangan bukti walaupun menerima maklumat daripada orang ramai, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron
Highlands," katanya

Pada 5 November lepas, kejadian banjir lumpur berlaku di Ringlet dan Lembah Bertam, Cameron Highlands yang dipercayai turut disumbang oleh faktor penerokaan tanah haram di kawasan itu sehingga meragut lima nyawa manakala lima lagi
cedera.

Mohd Shukri berkata SPRM telah, sedang dan akan terus menjalankan satu daripada fungsi utamanya iaitu menyiasat setiap kes rasuah.

"SPRM pernah membawa kes rasuah di Cameron Highlands ke mahkamah, di mana pada tahun 2013, SPRM telah mendakwa peneroka haram yang cuba memberi sogokan kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands," katanya.

Katanya SPRM menyambut baik kenyataan Kerajaan Negeri Pahang bahawa pihaknya akan melaksanakan syor-syor dikemukakan SPRM sebelum ini bagi menangani isu Cameron Highlands dengan beberapa syor tersebut telah pun diambil kira Kerajaan
Negeri Pahang untuk dilaksanakan.

"Pada masa yang sama, SPRM juga menyambut baik langkah penyelesaian yang diputuskan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet.

"Pendirian Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa isu Cameron Highlands memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama padu semua pihak, bukan hanya di pihak SPRM semata-mata.


"SPRM, selaku agensi pencegahan rasuah, akan meneruskan siasatan susulan aduan dan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa," katanya.

Mohd Shukri berkata SPRM juga akan terus meningkatkan pendekatan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain di Cameron Highlands.

SPRM sebelum ini mengemukakan cadangan bagi mengekang jenayah rasuah di sebalik penerokaan haram di Cameron Highlands antaranya penubuhan pasukan petugas dan mewujudkan dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing.

Selain itu, Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan bagi menjaga nama baik
pihak berkenaan, juga disarankan untuk diwujudkan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan