Majikan Lindungi Pati Diberi Tempoh Hingga Akhir 2014

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigeresen mengingatkan majikan yang mempunyai pekerja asing secara haram supaya menyerahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit kepada jabatan itu sebelum 31 Dis ini atau berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata jabatannya memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan yang bekerjasama menyerahkan pendatang terbabit.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh majikan yang mempunyai pekerja asing ialah menyerahkan pekerja mereka kepada Jabatan Imigresen secara sukarela.

"Sekiranya majikan berdegil dan melindungi PATI, mereka boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) dan boleh didenda RM5,000.

"Bagi majikan yang menggaji mereka secara haram tanpa permit yang sah, boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan didakwa yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 dan penjara jika menggaji lebih daripada lima orang PATI," katanya.

Sakib berkata jika majikan masih berdegil dan enggan bekerjasama, Jabatan Imigresen boleh menyita kenderaan yang digunakan untuk membawa dan menyeludup warga asing.

"Saya memohon kepada semua pihak yang terlibat sama ada menggaji dan melindungi PATI secara bertentangan dengan undang-undang supaya mengarahkan pendatang terbabit menyerah diri berikutan program pengampunan yang akan berakhir pada 31 Dis ini.

"Selain itu, mereka juga boleh mendapat maklumat yang tepat cara untuk menggaji pekerja warga asing dengan sah," katanya.

Beliau berkata setakat ini jumlah pekerja asing yang berdaftar di seluruh negara adalah 2.2 juta orang manakala kira-kira 2.5 juta pula tidak berdaftar tahun ini.

Kata Sakib, lebih 30,000 PATI ditangkap di seluruh negara sejak Januari hingga Oktober.

Sakib berkata lebih 50,000 PATI telah menyerah diri secara sukarela di bawah program 3+1 yang bermula sejak Julai hingga Oktober tahun ini.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat pelawat-pelawat asing yang masuk ke negara ini dan bekerja menyalahi pas lawatan sosial maka jumlah PATI boleh meningkat dalam satu-satu masa.

"Pihak imigresen sentiasa melakukan penguatkuasaan berterusan untuk memantau mana-mana PATI yang berniaga secara haram di seluruh negara," katanya.

Sakib berkata, sebelum ini pihaknya telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain untuk memantau aktiviti berkenaaan.

Ditanya mengenai cadangan proses pemutihan PATI untuk menyerah diri sebaliknya menghantar mereka pulang, Sakib berkata buat masa ini pihaknya tidak menghantar pulang untuk masa terdekat.

Katanya, untuk majikan yang kekurangan tenaga buruh mereka boleh memohon dengan jabatan itu sekiranya mematuhi syarat-syarat pekerja asing yang ditetapkan.

Ahad lepas, 181 pendatang asing tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Gempak dan Mesra yang pertama dijalankan di tujuh lokasi iaitu Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla. Operasi itu melibatkan 369 pegawai dan anggota imigresen.

Pada 10 Nov lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar hukuman yang lebih serius seperti hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap pihak yang membawa masuk PATI ke negara ini.

Tags / Kata Kunci: Cameron Highlandsm Imigresen

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan