Penduduk Lembah Bertam Degil, Usaha Pemindahan Terjejas

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Usaha memindahkan penduduk yang mendiami kawasan pinggir dan rizab sungai di sini terutama di Lembah Bertam, Ringlet ke penempatan baharu menghadapi kesukaran kerana penduduk mendakwa mereka telah mendapat hak milik kawasan yang dihuni.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata walaupun penempatan baharu boleh diwujudkan dengan bantuan kerajaan, namun kedegilan penduduk untuk berpindah menjadi masalah kepada usaha penyelesaian bencana yang melanda tanah tinggi itu, baru-baru ini.

"Kita tidak boleh memaksa mereka, kita tidak boleh berbuat demikian, saya tidak boleh pindahkan mereka secara paksa kerana mereka sudah dapat hak milik sementara. Isunya sekarang mereka duduk di tepi sungai. Jikalau mereka hendak tinggal, biarkan mereka tinggal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap 33 keluarga mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Palanivel berkata beliau tetap bercadang mengenal pasti kawasan penempatan baharu serta mewujudkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) untuk penduduk yang mendiami kawasan pinggir dan rizab sungai agar bantuan boleh disalurkan.

"Apa yang penting kita perlu mencari kawasan tanah yang sesuai, kita perlu cari tanah baharu dan wujudkan perumahan Prima...jika mereka tidak berpindah mereka boleh menjadi mangsa yang terjejas teruk apabila berlaku kejadian seperti baru-baru ini," katanya.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam mengenai cadangan pemindahan itu.

Dalam kejadian pada 6.30 petang 5 Nov lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Kejadian itu mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera. Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.

Tags / Kata Kunci: Lembah Bertam , Cameron Highlands

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan