Jalankan Pengawasan Terhadap Pemandu Warga Asing

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 3:42 PM

Shahidan Kassim
(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta pihak penguat kuasa turut memberi tumpuan memeriksa pemandu dalam kalangan warga asing yang juga menjurus kepada berlakunya kes-kes kemalangan jalan raya di negara ini.

Beliau berkata walaupun terdapat kalangan warga asing itu mempunyai lesen memandu yang sah, tetapi lebih banyak tidak mempunyai lesen memandu, dan turut bergilir-gilir memandu sesebuah kenderaan, hingga lebih terdedah kepada berlakunya kemalangan.

"Dalam sebuah kereta yang dinaiki oleh golongan tersebut, selalunya hanya seorang sahaja yang mempunyai lesen memandu sah, sementara penumpang lain tidak ada lesen memandu, tetapi penumpang yang tidak mempunyai lesen memandu, juga turut bergilir-gilir memandu hingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain," ujar beliau.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2014 peringkat negeri Perlis anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Perlis di Taman Jejawi di sini, Ahad.

Beliau juga melahirkan perasaan kesal dengan kemasukan para pendatang asing ke negara ini yang semakin tidak terkawal dibawa oleh ejen-ejen yang lebih mementingkan keuntungan peribadi tanpa memikirkan masalah kepada rakyat dan negara ini sendiri.

Terdahulu, Pengarah JKJR Perlis Kalai Kumar Periyasamy memberitahu, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tempatan bertujuan mengajak masyarakat sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan di jalan raya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri, Sabry Ahmad dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Jejawi, Jaafar Ismail sebagai penganjur bersama.

Pada majlis tersebut, Shahidan turut menyampaikan cek sumbangan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan sumbangan topi keledar kepada individu yang terpilih.

Tags / Kata Kunci: Perlis , Arau , Warga Asing

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan