Orang Asli Bimbang Lojing Jadi Lokasi Persembunyian Pati

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:00 AM

Kawasan tanah tinggi Lojing.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli khuatir tanah tinggi Lojing di sini, menjadi tempat persembunyian pendatang asing tanpa izin (Pati) selepas pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran menahan Pati di Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Sendrop, Rashid Akoh berkata adalah mudah bagi Pati untuk melarikan diri ke Lojing yang terletak di sempadan Cameron Highlands.

"Jika ada operasi menangkap Pati di Cameron Highlands sudah tentu mereka mudah menyusup masuk ke Lojing bagi mencari tempat perlindungan kerana ramai rakan senegara mereka bekerja di kebun sayur-sayuran di Lojing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Orang Asli Pos Sendrop di sini, Sabtu.

Rashid berkata masyarakat Orang Asli yang tinggal di Lojing bimbang kehadiran Pati itu akan menimbulkan masalah keselamatan kepada mereka dan mahukan pihak berkuasa mengatasi perkara tersebut.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof mencadangkan kepada pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dan polis membuat operasi serentak di Cameron Highlands dan Lojing untuk menangkap Pati.

Katanya, ini kerana beliau menerima maklumat terdapat lebih 2,000 warga asing berada dalam kawasan kebun sayur di sekitar Lojing dan tidak pasti mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau sebaliknya.

Tags / Kata Kunci: Lojing , Cameron Highlands

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan