MBI Akan Dapat Laporan Penuh Isu Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawai Khalid

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 5:32 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan pembayaran pemberhentian terlalu tinggi yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada bekas kakitangannya semasa akhir pentadbirannya.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, pasukan audit negeri telah mengeluarkan satu laporan penuh mengenai perkara itu Rabu lepas dan ia akan dikemukakan kepada syarikat pelaburannya, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Khamis ini.

"Pengauditan telah siap dengan laporan lengkap mengenai pembayaran yang dibuat kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan ia telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu lalu.

"Kami akan membawa balik laporan itu dalam mesyuarat lembaga pengarah MBI Khamis ini dan akan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kerajaan negeri di KL Festival City Mall di sini, Ahad.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu dengan menekankan bahawa pasukan audit telah membuat 'satu kajian yang komprehensif'.

Terdapat dakwaan bahawa Khalid telah membuat pembayaran pemberhentian bernilai RM2.5 juta kepada lapan bekas pembantunya dan salah seorang daripada mereka menerima hampir RM700,000.

Turut dilaporkan bahawa Khalid terkejut dengan jumlah tersebut dan berkata beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

Khalid menyifatkan bayaran wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Beliau berkata exco kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan MBI mempunyai rizab tunai lebih RM112 juta dan amaun yang dibayar kepada bekas pembantunya, di bawah skim pemberhentian sukarela, adalah tidak lebih daripada dua peratus seperti yang disyaratkan.
Tags / Kata Kunci: MBI , Azmin Ali , Tan Sri Khalid Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan