Bersama Hormati Tempat Ibadat - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Semua pihak diminta agar menghormati kesucian rumah ibadat, bagi mengelakkan timbulnya sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun Islam meraikan pelbagai bangsa dan agama berlandaskan batas-batas tertentu, namun kehadiran individu bukan Islam di masjid atau surau tanpa keperluan tertentu adalah tidak wajar.

"Saya minta pelbagai bangsa dan agama menghormati kesucian tempat ibadat orang lain terutamanya orang Islam (masjid dan surau), saya bimbang akan mencetuskan isu sensitiviti.

"Kehadiran (pergi ke surau) tanpa keperluan sewajarnya akan menimbulkan isu sensitiviti, rasa kurang senang, tak puas hati hingga membentuk perpecahan dan rasa marah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun khas kepada 480 nelayan Parlimen Jerai di Guar Chempedak dekat sini, Ahad.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk yang bukan Islam menggunakan surau Batu 15 Sintok untuk mengadakan Himpunan Promahasiswa yang dilihat telah mencemar kesucian rumah ibadat itu.

Lebih dikesalkan apabila pelajar bukan Islam dilihat tidak menutup aurat semasa berada dalam surau berkenaan, namun tidak ditegur atau ditegah oleh pelajar-pelajar beragama Islam.

Jamil berkata pihak penganjur seharusnya lebih sensitif terutama apabila menggunakan surau atau masjid untuk tujuan tertentu yang melibatkan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Tabung Haji akan menambah baik tahap pengurusan sistemnya terutama mekanisme yang digunakan untuk menawarkan peluang menunaikan haji kepada jemaah terpilih di saat akhir.

"Kita tidak dapat mengelak perkara ini kerana kadang-kadang penolakan dibuat saat akhir apabila berlaku kematian atau ada bakal jemaah yang menarik diri kerana sakit atau masuk hospital.

"Tapi kita akan cuba perbaiki agar bakal jemaah berpeluang membuat persediaan lebih awal, bukan sahaja akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih melalui surat, malah akan menelefon mereka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhannya pengurusan jemaah haji pada musim lepas sangat baik dengan jumlah kematian jemaah hanya 27 orang.

Beliau berkata, walaupun terdapat lebih 3,000 jemaah haji berusia 75 tahun ke atas, mereka berjaya melaksanakan ibadah haji dengan baik disebabkan telah mendapat rawatan dan pengesahan doktor sebelum ke Makkah. 

Tags / Kata Kunci: Surau , UUM. Haji

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan