Datuk Sekeluarga Ditemui Selamat Selepas Hilang Di Mont Kiara

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 11:55 AM

Suar dinyalakan sebagai isyarat penemuan enam orang di hutan simpanan Mont Kiara awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk bersama isteri dan empat orang anaknya ditemui berada dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang ketika berjoging di Taman Rekreasi Mont Kiara pada Sabtu pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields  Asisten Komisioner(ACP) Muhammad Azlee Abdullah berkata, kumpulan tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat di pinggir hutan Damansara Country Heights lebih kurang pukul 12.15 pagi Ahad.

"Mereka selamat, namun kelihatan letih selepas berjoging di Mont Kiara pada pukul 5.30 pagi dan hilang daripada laluan.

"Lebih kurang 8 malam, kami menerima panggilan daripada salah seorang rakan Datuk yang memberitahu mereka hilang di hutan Mont Kiara," katanya.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail bersama pasukan polis Brickfield menjalani pencarian selama empat jam.

"Kami terus berhubung dengan mereka dan menyuruh menunggu di situ serta memasang GPS (global positioning system).

"Kami percaya mereka sesat ketika mencari jalan pulang, tambahan pula cuaca hujan pada sebelah petang," katanya.

Tambahnya, pasukan penyelamat berjaya mengesan mereka lebuh kurang 11 malam dan membawa mereka keluar dari hutan berdekatan kawasan Damansara Country Height.

Tags / Kata Kunci: Datuk hilang , Mont Kiara

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan