DAP Selar 'Obses Gilotin' PAS

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:48 PM

Antara contoh gilotin yang diguna ketika zaman Revolusi Perancis 1793.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan harus menghentikan semua rancangan untuk menggunakan gilotin, alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dalam melaksanakan undang-undang hudud di negeri ini, kata ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong.

"Begitu obses terhadap kaedah yang tidak berperikemanusiaan dalam hukuman seperti yang dicadangkan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah adalah mengecewakan.

"Seperti kebanyakan penyokong hak asasi manusia lain, saya telah berkempen untuk menamatkan atau mengurangkan penggunaan hukuman kejam seperti hukuman mati dan hukuman sebat," kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas laporan bahawa Mohd Amar, yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri berkata beliau akan mencadangkan kepada panel untuk menggunakan mesin  yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Mohd Amar berkata alat pemenggal kepala itu cepat, berkesan dan memerlukan hanya satu orang untuk menarik tuil, dua orang lain untuk tahan pesalah dengan doktor untuk memastikan orang yang dihukum tidak secara drastik mengalami hukuman.

Hakim yang menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang, berkata beliau gagal memahami 'obsesi' Mohd Amar.

"Beliau boleh membantu negara dengan fokus kepada gangguan umum, bukan deskripsi grafik untuk memotong tangan tetapi mengembalikan isu keadilan," katanya.

"Malaysia tidak memerlukan satu lagi bentuk hukuman seperti itu. Sebab-sebab untuk menentang apa jua kaedah hukuman yang zalim pada dasarnya telah diterangkan setiap masa," katanya.

Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan.

Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan