BR1M Terkandung Dalam Manifesto Pilihan Raya BN - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:03 PM

Datuk Ahmad Maslan

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebenarnya adalah aku janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya untuk dilaksanakan bermula tahun 2014 sehingga 2018, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.


Sehubungan itu, katanya, aku janji itu tidak boleh ditarik balik dan perlu diteruskan.

"...dan kita juga berjanji bukan hanya untuk meneruskan bayaran BR1M ini selama lima tahun tetapi meningkatkan bayarannya dari setahun ke setahun, sehinggalah RM1,200 pada tahun yang kelima. Sekarang ini sampai ke RM950 untuk
tahun 2015," jelas beliau.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia dan taklimat CBP untuk kakitangan TM di sini, Ahad.

Katanya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kaedah beliau untuk menggerakkan sektor ekonomi ialah dengan memberi rangsangan projek kepada kontraktor kelas F pada ketika itu.

Beliau berkata kaedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjana ekonomi pula ialah dengan memberi bantuan kepada rakyat dan rantaian ekonomi yang memberi kesan berganda.

"Jadi, BR1M bukan rasuah seperti dakwaan sesetengah pihak. Kalau rasuah kita hanya beri sekali sebelum pilihan raya.....yang ini kita beri setiap tahun," katanya.
Tags / Kata Kunci: BR1M , manifesto BN , Datuk Ahmad Maslan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan