Azmin Elak Komen 'Tiada Peranan' Usaha Serah Semula Bible

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 4:56 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah meletak tepi dakwaan bahawa beliau tiada peranan dalam usaha penyerahan semula 321 kitab Bible yang dirampas kepada masyarakat Kristian ketika pujian diberikan kepadanya kerana dikatakan berjaya menyelesaikan isu itu.

Ketika ditemui pemberita selepas melancarkan satu majlis di KL Festival City Mall di sini, Ahad, Azmin enggan mengulas lanjut dan menekankan bahawa perkara itu telah diselesaikan.

"Tidak perlu untuk saya berkata apa-apa. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik," katanya.

Kitab Bible telah diserahkan semula kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) Jumaat lalu selepas ia dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), menandakan berakhirnya kontroversi yang berlanjutan hampir satu tahun lamanya.

Pada Januari, Jais telah menyerbu premis BSM di Damansara dan rampasan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 yang melarang bukan Islam menggunakan perkataan Arab untuk Tuhan.

Azmin kemudiannya dipuji oleh pelbagai pihak kerana dikatakan telah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan kitab Bible dikembalikan semula, dan terdapat dakwaan menteri besar sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukannya.

Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa sumber istana Selangor berkata bahawa Azmin bukanlah peranan utama dalam penyelesaian isu ini dengan mengatakan bahawa rundingan hanya melibatkan pihak istana dan kumpulan agama.

Memetik sumber istana, laporan itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perbincangan pihak istana dengan BSM dan diminta hadir pada majlis penyerahan Bible itu Jumaat lalu.

Turut dilaporkan, pelbagai pendekatan telah dibuat untuk BSM, Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) walaupun ketika itu Khalid menjadi menteri besar, 

Tiada ahli politik yang terlibat dalam rundingan itu kecuali 'pembantu yang dipercayai' dan rakan-rakan Sultan yang menjalankan tugasnya dengan tujuan menamatkan kebuntuan tanpa mahu publisiti.

Tags / Kata Kunci: BSM , Azmin Ali , isu Bible

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan