Amalan Kesederhanaan Banyak Menyumbang Kepada Perpaduan Negara - Kurup

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:56 PM

Para pelajar Universiti Lim Kok Wing menyanyi dengan penuh bersemangat ketika menyampaikan lagu Perpaduan Bangsa pada majlis sambutan peringkat kebangsaan Hari Toleransi Sedunia 2014 bertemakan "Sehati Sejiwa" yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup di Universiti Limkokwing, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu padu sebahagian besarnya adalah hasil daripada sikap wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi amalan rakyatnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata kesederhanaan sudah menjadi darah daging kebanyakan rakyat negara ini dan barangkali inilah yang memungkinkan Malaysia mampu mengekalkan keamanannya, berbanding banyak negara lain di dunia.

"Malaysia, dan menjadi rakyat Malaysia, tidak dapat dipisahkan daripada mengamalkan sikap sederhana, memiliki tahap toleransi yang tinggi serta berkongsi asas yang sama, tanpa mengorbankan harga diri.

"Nilai-nilai inilah yang menjadi jenama perpaduan nasional kita, bukti evolusi kita sebagai sebuah negara kerana toleransi dan kesederhanaan umpama kembar Siam, yang tidak boleh dipisahkan," katanya pada majlis pelancaran Hari Toleransi Antarabangsa Malaysia di sini Ahad.

Acara anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Limkokwing University of Creative Technology itu diadakan bersempena sambutan Hari Toleransi Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 16 November setiap tahun untuk meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia tentang pentingnya sikap tolak ansur.

Sementara itu, Kurup berkata Malaysia tidak boleh membiarkan sikap perkauman, penyeleweng agama dan pembuat kacau lain merosakkan perpaduan dan meragut keamanan serta kesejahteraan yang dinikmti rakyatnya sejak sekian lama.

"Sebagai masyarakat bertamadun yang bertunjangkan agama serta sikap menghormati kedaulatan undang-undang, apabila berlaku perkara yang dirasakan tidak kena, tidak perlulah menjerit atau menghamburkan kata-kata kebencian.

"Kita semua boleh menggunakan akal budi bahawa apabila seseorang itu berpendapat ada sesuatu yang tidak kena berlaku, buatlah laporan polis dan jangan amalkan undang-undang sendiri," katanya.

Sementara itu pada sidang akhbar kemudiannya, Kurup berkata beliau mewakili seluruh penganut Kristian, khususnya di Sabah, menyampaikan penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas perkenan baginda dalam menyelesaikan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Baru-baru ini Kerajaan Selangor memulangkan kesemua 351 Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak Datuk Bolly Lapok.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Sultan Selangor.

Pada Januari lepas, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban kerana menggunakan kalimah 'Allah'.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan