KKMM Akan Pastikan Semua Menara Komunikasi Berfungsi Ketika Banjir - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 2:22 PM

Ahmad Shabery Cheek

Ahmad Shabery Cheek.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memastikan semua menara komunikasi berfungsi sepenuhnya walaupun di kawasan yang ditenggelami air ketika musim banjir, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata beberapa buah menara komunikasi yang ditenggelami air ketika banjir tahun lalu khasnya di kawasan Kemaman telahpun dinaik taraf dengan beberapa kerja pengubahsuaian pada stesen janakuasa menara agar berada pada kedudukan lebih tinggi dan tidak tenggelam jika banjir.

"Beberapa tapak stesen janakuasa menara komunikasi telah kita alihkan ke kedudukan lebih tinggi dan kita yakin menara yang berada di kawasan banjir akan terus beroperasi walaupun telah terputus bekalan elektrik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia di Awana Kijal di sini Sabtu.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata berdasarkan kepada pengalaman banjir tahun lalu, KKMM yakin kali ini masalah terputus liputan komunikasi tidak akan berlaku sekiranya banjir melanda Pantai Timur khasnya di kawasan rendah seperti Kemaman.

Menurutnya Majlis Daerah Kemaman telahpun mengadakan beberapa mesyuarat berhubung persiapan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa persatuan radio amatur di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu dari segi perkongsian maklumat di kawasan-kawasan terjejas banjir.

Katanya ada sesetengah kawasan yang tidak mendapat liputan siaran komunikasi biasa, namun boleh dihubungi menggunakan radio amatur.

"Pihak KKMM dengan kerjasama Jabatan Meteorologi juga akan menggunakan beberapa kod warna untuk menerangkan keadaan taburan hujan pada satu-satu masa dan ia telahpun disebarkan melalui media internet," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Datuk Mustafar Khalid berkata ketika ini semua 24 pangkalan hadapan dan 75 pusat pemindahan banjir telahpun dibekalkan dengan barang keperluan seperti makanan dan pakaian sebagai persiapan menghadapi banjir.

"Semua pusat pemindahan banjir kita sediakan dengan makanan sejak 10 November lepas dan bekalan itu cukup untuk menampung kira-kira 50 ke 200 keluarga untuk tempoh seminggu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan