Umno Johor Komited Tawan Semua Kerusi Pada PRU-14

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 10:04 PM

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah)mengambil gambar selfie bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) di Konvensyen Umno Johor di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Baharu, Jumaat. -foto LIM CHENG KIAT/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Umno Johor pada Jumaat menzahirkan komitmennya untuk berjuang dengan gigih bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) memenangi kesemua kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya dan Umno Johor nekad bersama-sama dengan rakan-rakan dalam BN dan akan berusaha dengan lebih gigih, bekerja dengan lebih keras, untuk memastikan Umno dan BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Insya-Allah," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Konvensyen Umno Johor di sini, Jumaat. 

Konvensyen dua hari itu yang dihadiri pemimpin dan anggota daripada 26 bahagian Umno di negeri ini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata Umno negeri yakin ia akan menjadi benteng paling kukuh bagi BN di Semenanjung Malaysia pada PRU14.

Malah, katanya Umno Johor akan membantu BN membentuk kerajaan dengan majoriti yang lebih besar dan diyakini.

Mohamed Khaled berkata kehilangan 18 kerusi pada pilihan raya umum ke-13 merupakan pengalaman yang membingungkan dan pahit bagi Uno Johor tetapi pada masa sama, menghasilkan kesedaran yang mendalam.

Sehubungan itu, katanya Umno Johor akan meneruskan usaha bagi mengukuhkan kedudukan, pengaruh dan kuasa orang Melayu sebagai sebahagian daripada strategi transformasi untuk mengukuhkan parti.

"Parti ini tidak akan sama sekali lupa terhadap tanggungjawabnya untuk bangsa Melayu," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata Umno Johor juga akan memperkukuhkan BN yang telah berjaya menjadikan Malaysia antara negara paling moden, selamat, mempunyai ekonomi berdaya saing, harmoni dari segi sosial dan politiknya stabil.

Mohamed Khaled berkata Umno Johor tidak akan menjadi "parti senja" atau "parti di hujung usia" sebaliknya menjadi pilihan golongan muda, yang dipimpin oleh gabungan mereka yang bijak dan progresif.

Sehubungan dengan itu, beliau mengumumkan penubuhan badan pemikir Umno Johor yang dinamakan "Johor Institute For Strategy, Economic Advancement and Democracy" (JISEAD).

JISEAD berperanan sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran idea besar dan pemikiran luar biasa yang dapat memberi manfaat kepada parti, bangsa dan tanah air, katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan