Bible Yang Diserah Semula Tidak Boleh Diedar Di Selangor - Mais

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 2:02 PM

Sultan Sharafuddin dan Azmin menyaksikan majlis penyerahan semula kitab Bible yang dirampas oleh Mohamad Adzib kepada Bolly (kiri) di Istana Alam Shah, Klang, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerahan semula kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" dilaksanakan dengan syarat ketat iaitu bahan itu tidak diedarkan di sekitar Selangor, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, kitab itu yang diserahkan kepada Biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapok pada Jumaat, hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.

"Penyelesaian itu adalah sikap hormat menghormati yang wujud, selain memahami sensitiviti agama lain di negara ini.

"Sultan Selangor juga mengharapkan penganut agama lain turut melindungi sensitiviti umat Islam di negara ini, terutama di Selangor dan berharap pengedaran dan cetakan kitab Bible yang mengandungi perkataan "Allah" tidak lagi dilakukan kerana ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam 1988," katanya.

Adzib menjelaskan bahawa kes membabitkan rampasan 321 kitab Bible daripada premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu pada mulanya sudah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, diputuskan bahawa tiada tindakan yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung insiden itu.

"Pihak Pendakwaraya mengarahkan supaya pelupusan kitab itu dilakukan mengikut undang-undang.

"Apabila perkara itu disampaikan kepada Sultan Selangor, arahan dikeluarkan supaya Mais melupuskannya dengan menyerahkan semua kitab Bible yang dirampas itu kepada Persatuan Gereja Sarawak," katanya.

Majlis ringkas penyerahan semula kitab berkenaan diadakan pagi Jumaat sambil disaksikan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Tags / Kata Kunci: Mais , Bible , Selangor , Mohamad Adzib Mohd Isa

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan