Laporan Audit: JPA Teliti Kes Salah Laku Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti kes-kes penjawat awam yang dikenal pasti terlibat dalam salah laku seperti dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, JPA sedang meneliti kesalahan mereka dan mengumpul maklum balas daripada semua kementerian yang terlibat, termasuk surat tunjuk sebab salah laku penjawat awam yang terlibat.

"Sekarang masih dalam peringkat permulaan penyiasatan...kami perlu meneliti apa kesalahan yang dibuat oleh penjawat awam yang terlibat, termasuk meminta mereka menyatakan sebab barulah boleh mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Patriotisme JPA 2014 di sini, Jumaat.

Rabu lepas pada sesi bersama media berhubung Laporan Ketua Audit Negara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata laporan itu antara lain memberi lima teguran melibatkan 46 pegawai awam dikenal pasti untuk prosiding tatatertib.

Sementara itu, Mohamad Zabidi juga memberitahu laporan penuh audit bahasa yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke atas jabatan dan agensi kerajaan sejak tahun lepas akan dikeluarkan pada Jun 2015.

Mohamad Zabidi berkata, audit itu menunjukkan keprihatinan DBP untuk menilai tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam.

"Pengauditan bahasa Melayu adalah perlu bagi memastikan semua penjawat awam mengguna dan memartabatkan bahasa kebangsaan dengan baik, sama ada dari segi pertuturan ataupun penyediaan dokumen rasmi.

"Setakat ini, lebih 30 jabatan dan agensi kerajaan menjalani audit bahasa sepanjang tahun ini bagi mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, JPA sentiasa menjalankan pelbagai program untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

"Di samping memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan, penjawat awam juga perlu menguasai pelbagai bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dengan baik kerana ia merupakan bahasa antarabangsa.

"Namun dalam usaha menguasai pelbagai bahasa, kita jangan lupa untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita," tegasnya.


Tags / Kata Kunci: JPA , penjawat awam , audit , salah laku

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan