Guan Eng Akui PDC Jual Rumah Lebih RM3 Juta Seunit

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 2:55 PM

Kediaman mewah D'Residence di Bayan Mutiara ditawarkan PDC pada harga lebih RM3 juta seunit.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.

Katanya, beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Menurutnya, beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata, projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.

"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya.


Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , PDC , Jahara Hamid , rumah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan