PAC Mahu Kerajaan Hantar Laporan Pastikan Syor Dipandang Serius

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:02 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kerajaan menghantar laporan mengenai tindakan yang sudah dan bakal diambil terhadap kakitangan awam atau syarikat berdasarkan syor dalam laporan jawatankuasa itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat.


Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan berkenaan amat perlu dan penting bagi memastikan setiap syor dalam laporan PAC mendapat perhatian serius oleh kerajaan, sekali gus mewujudkan budaya takut diaudit dalam kalangan kakitangan awam dan syarikat yang mendapat projek daripada kerajaan.

"Saya mengalu-alukan sesi taklimat yang diadakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung tindakan diambil kerajaan hasil daripada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melalui jawatankuasa yang dibentuk dan dipengerusikan oleh beliau sendiri," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Nur Jazlan juga menegaskan PAC sebagai sebuah jawatankuasa di bawah bidang kuasa Parlimen perlu dilihat menjalankan fungsinya sebagai sebuah badan audit dalaman untuk kerajaan dalam memastikan wang rakyat benar-benar dibelanjakan secara berhemah dan bertanggungjawab oleh semua pihak.

Katanya setiap syor yang dirumuskan dalam laporan PAC dipersetujui semua ahli secara konsensus dan ia sudah melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan sebelum dibentangkan kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat.

"Setiap kali PAC menjalankan prosiding berhubung isu yang dibangkitkan dalam LKAN, kita memanggil Pegawai Pengawal kementerian terbabit iaitu Ketua Setiausaha dan jika ia membabitkan pihak ketiga seperti syarikat, PAC juga memberi peluang kepada syarikat atau orang awam datang memberikan keterangan kepada PAC," katanya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, adalah amat penting kepada kerajaan memberikan laporan kepada PAC terhadap setiap syor dan rumusan yang dinyatakan dalam laporan jawatankuasa berkenaan mengenai isu yang dibincangkan hasil daripada LKAN.

Setakat ini katanya, PAC sudah membentangkan sembilan laporan di Dewan Rakyat dan yang terkini adalah laporan berhubung pengurusan pembinaan insinerator oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan