Kejayaan Umno Perlu Diterjemah Menerusi Peti Undi - PM - Berita Semasa | mStar

Kejayaan Umno Perlu Diterjemah Menerusi Peti Undi - PM

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 9:24 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melaungkan "Hidup Umno" pada majlis perasmian Konvensyen Umno Johor 2014 di Johor Baharu, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Umno mesti berjaya bukan sahaja dalam konteks sebuah parti politik tetapi kejayaan itu perlu diterjemahkan menerusi peti undi dalam pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Presiden Umno itu berkata kayu pengukur yang paling penting bagi Umno sebagai sebuah parti politik adalah kejayaannya mengekalkan kuasa pemerintahan negara.

"Ujian yang paling muktamad adalah kekuasaan kita, yang harus diterjemahkan melalui peti undi pada pilihan raya kerana ia merupakan kayu pengukur yang paling penting," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Umno Negeri Johor, di sini, Jumaat.

Sebagai presiden parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN), katanya beliau mahu melihat Umno yang ditubuhkan di Istana Besar, Johor Baharu, berjaya dan terus mengekalkan kuasanya.
Konvensyen dua hari itu di Hotel Berjaya Waterfront di sini, dihadiri lebih 700 ahli Umno negeri mewakili 26 bahagian.

Selain Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pemimpin parti pusat yang hadir pada majlis perasmian itu ialah Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Menyentuh mengenai ucapannya yang menyebut mengenai pengislahan parti, Najib mengulangi pendiriannya bahawa ia perlu bermula dengan anggota dan pemimpin parti itu sendiri.

"Ia mesti terbit daripada kita sendiri, bermula daripada cinta kepada parti. Ia perlu dipegang oleh semua anggota Umno dengan semangat daya juang berhabis-habisan tanpa mengira ganjaran, kedudukan dan kepentingan," katanya.

Apa yang penting menurutnya adalah Umno berjaya dan terus berkuasa.

Mengenai nasihatnya supaya kepimpinan muda diberi tempat dalam parti, beliau berkata, ia mesti bersandarkan kepada kedudukan di sesuatu kawasan itu.

Pemimpin-pemimpin muda dalam Umno perlu dibimbing dan diberikan peluang untuk menyumbang kepada parti, katanya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan