Kenyataan 'Doktor Rasis', Wakil Rakyat BN Digantung Sehari Hadiri Sidang DUN - Berita Semasa | mStar

Kenyataan 'Doktor Rasis', Wakil Rakyat BN Digantung Sehari Hadiri Sidang DUN

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 8:03 PM

Datuk Roslan Saidin

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional digantung sehari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berhubung kenyataan 'doktor rasis' yang dibuat tahun lepas.

Datuk Roslan Saidin (BN - Pinang Tunggal), yang telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Disember lepas, akan digantung selama sehari daripada menduduki sidang DUN tahun depan kerana enggan memohon maaf selepas membuat kenyataan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP - Air Putih) mengusulkan perkara itu pada Jumaat, dengan mengatakan bahawa Roslan melanggar subperaturan 46 (xiii) (c) dan (d) dengan menggunakan kata-kata menyakitkan hati dan menyentuh mengenai privasi seseorang individu yang menyebabkan persepsi negatif terhadap profesion dan etika perubatan.

Pada 3 Julai tahun lepas, Roslan, di sidang DUN mendakwa bahawa tiga doktor di dua hospital awam enggan merawat pesakit daripada kaum yang lain.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan