Umno, MCA Seiring Perangi Musuh - Ka Siong

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 10:39 AM

Dr Wee Ka Siong. - foto M.AZHAR ARIF/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menghadapi apa jua cabaran politik yang mendatang, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Sasaran kami adalah musuh politik dan bukan dalam kalangan Barisan (Nasional). Kita perlu memahami bagaimana Umno dan MCA bekerjasama dan perlulah diingat bahawa kita berada di dalam satu kapal yang sama.

"Pada masa sukar, kita berlayar bersama-sama dan bekerja sebagai satu pasukan dan berpakat untuk menghadapi apa jua cabaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan anjuran Persatuan Peladang Buah-Buahan Selangor dan Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mencadangkan agar MCA dan Gerakan hanya bertanding di kawasan majoriti Cina.

Dalam sebuah artikel yang disiarkan Utusan Malaysia, Mohd Puad mencadangkan agar Umno negeri membuat ketetapan bahawa mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti Melayu hanya ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, perkara tersebut perlu dibincangkan secara serius sebagai mengambil kira sokongan Cina yang semakin luntur dan tidak lagi hormat kepada kedua-dua parti itu kerana mereka hanya mengharap­kan kawasan majoriti dan sokongan Melayu untuk menang.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengkritik cadangan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai regresif dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

"Kita perlu bekerja keras untuk mendapat sokongan daripada semua kaum dan tidak mengasingkan mereka.

"Pandangan sempit seperti ini hanya akan terus memecahbelahkan kita dan harus ditolak bagai memastikan Barisan (Nasional) mencapai pretasi terbaik pada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: Dr Wee Ka Siong , MCA , BN , Dr Mohd Puad Zarkashi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan