Ulama Perlu Bersatu Bebaskan Fiqh Politik - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perlunya para ulama dan pemikir ummah untuk bersatu secara ilmiah dalam usaha membebaskan pemikiran fiqh politik daripada kekotoran kediktatoran.

Bekas perdana menteri itu berkata golongan ulama dan pemikir itu perlu berbuat demikian bagi memastikan Islam menjadi sumber perundangan dan umat Islam sebagai asas legitimasi pemerintahan.

Katanya, gesaan itu adalah salah satu daripada resolusi sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 yang berakhir, Khamis.

Sidang itu dihadiri oleh pemikir-pemikir Islam daripada lebih 14 buah negara dengan tema Negara Sivil dari Perspektif Islam.

Katanya, permasalahan dan cabaran yang dihadapi umat Islam pada masa kini adalah berpunca daripada kediktatoran, kezaliman dan pengkhianatan ke atas kehendak rakyat.

"(Sehubungan itu), resolusi ini menyokong pergerakan umat Islam yang berusaha membebaskan diri daripada kediktatoran dan pelbagai bentuk pemerintahan, agar dapat membentuk pemerintahan yang adil dan terpandu," katanya selepas menutup sidang kemuncak tiga hari itu.

Dr Mahathir berkata antara resolusi lain yang dicapai ialah keperluan menjalankan lebih banyak kajian untuk menentukan titik-titik pertemuan dan perbezaan yang benar, agar perbezaan dan kepelbagaiaan ini dapat diurus dengan baik.

"Ia perlu untuk pelajari pengalaman dan pemerintahan di negara-negara Islam mengenai perkara yang boleh diimplementasikan dan aset-aset yang masih tersembunyi agar dapat menjadi suatu harapan baharu yang menjamin kebahagian di dunia serta membuka jalan kebahagian di akhirat," katanya.

Antara resolusi lain ialah mewujudkan satu laman web untuk kegunaan penggajian dan menerbitkan majalah khusus berkaitan kajian yang dijalankan, menerbitkan keputusan persidangan itu dalam pelbagai bahasa dan menyebarkan sesi rakaman persidangan menerusi media sosial.

Dalam sidang kemuncak itu, peserta telah berbincang mengenai negara sivil daripada sudut pandangan Islam terhadap kebebasan, keadilan, syura dan kemuliaan insan yang dianggap sebagai nilai-nilai utama dalam sistem pemerintahan Islam.

Sesi-sesi dalam persidangan itu telah menggariskan kefahaman asasi yang berkait dengan negara dan sistem pemerintah, serta titik-titik persetujuan dan perbezaan yang lahir daripada kepelbagaian latar belakang dan idea mengenai isu pemerintahan.


Tags / Kata Kunci: Tun M , Politik , Fiqh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan