Tarif Air Baharu Di Sabah Bermula 1 Januari 2015 - Berita Semasa | mStar

Tarif Air Baharu Di Sabah Bermula 1 Januari 2015

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu membayar bil air yang lebih tinggi sekiranya mereka melebihi penggunaan asas dibawah kadar baharu tarif air yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2015.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kadar rata semasa 90 sen bagi satu meter padu air yang kekal sejak 1982 akan disusun semula dalam usaha mengatasi kos pengurusan air yang semakin meningkat di samping menggalakkan pemuliharaan kualiti air.

Katanya, purata seisi rumah memerlukan kira-kira 21 meter padu air setiap bulan untuk memasak, minum dan tujuan pembersihan.

"Tarif baharu itu akan dibuat berdasarkan kaedah tarif blok dimana pengguna akan membayar pada kadar yang lebih murah sekiranya penggunaan mereka sedikit," katanya.

Dibawah penstrukturan tarif baharu itu, kadar akan dibahagikan kepada 11 kategori utama iaitu, Domestik 1 (individu), Domestik 2 (apartmen, kondominium dengan kemudahan/meter pukal) dan Domestik 3 (rumah pangsa tanpa kemudahan/meter pukal).

Kategori lain adalah komersial (perkhidmatan, perniagaan dan pejabat), industri (kilang dan lain-lain), kerajaan, rumah ibadat, kebajikan, depot air, perkapalan dan kecemasan.

Pairin mengumumkan kadar tarif baharu itu ketika penggulungan bajet 2015 sebanyak RM3.8 bilion bagi negeri itu.

Tags / Kata Kunci: tarif air , Sabah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan